PAMM adalah singkatan dari “Percentage Allocation Management Module”.
PAMM-System merupakan satu sistem perkhidmatan untuk para Pelabur 'Investor' yang ingin melabur wang mereka di pasaran forex melalui Pedagang Forex 'Trader'. Setiap pelanggan/Investor boleh menerima pelaburan daripada pelanggan yang lain atau melabur di dalam account pelanggan yang lain dan menjadi pemilik saham di dalam account tersebut.
Terdapat dua ketogari pelanggan di dalam Sistem Account PAMM:-
Pelanggan yang mendaftarkan account di PAMM-System sebagai Pelabur 'Investor'
Pelanggan yang mendaftarkan account di PAMM-System sebagai Pedagang 'Trader'
Dengan menggunakan Sistem PAMM-Account ini, para Pelabur 'Investor' boleh melaburkan wang mereka dengan selamat di dalam account Pedagang 'Trader' yang dipilih dengan tujuan untuk mendapatkan sebahagian dari keuntungan melalui syarat yang telah ditetapkan oleh 'Trader'. Proses pelaburan, pemindahan dana pelaburan dan pembahagian keuntungan adalah dibawah kawalan Syarikat Broker dimana 'Investor' adalah menjadi pemilik saham di dalam account 'Trader' tersebut mengikut jumlah dana yang dilaburkan.
Sebelum 'Investor' melaburkan dana mereka di dalam account 'Trader' yang dipilih, beliau boleh melihat prestasi account dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh 'Trader' tersebut melalui PAMM-System dari segi pembahagian keuntungan, jumlah minimum pelaburan, jangkamasa pelaburan dan syarat-syarat yang lain. Jika 'Investor' bersetuju dengan syarat-syarat Trader tersebut, maka beliau bolehlah memasukkan dana pelaburan ke account 'Trader' tersebut untuk diniagakan.
Segala urusan pelanggan di bawah Perlhidmatan Sistem PAMM-account ini adalah dikawal oleh syarikat Broker dan pelanggan boleh melihat laporan setiap perjalanan pelaburan, minat pelaburan dan keuntungan secara automatik. Setiap account 'Trader' boleh menerima jumlah pelaburan yang tiada hadnya bergantung kepada jumlah 'Investor' yang melabur bergantung kepada minat pelaburan 'Investor' terhadap account 'Trader' tersebut.
Segala urusan pelanggan baik "Investor' atau 'Trader' dari segi proses pelaburan, pemindahan dana pelaburan dan pembahagian keuntungan adalah di bawah kawalan dan pengawasan Syarikat Broker. Jaminan Keselamatan Dana Pelaburan anda, dimana 'Trader' tidak boleh mengeluarkannya dan hanya membenarkan dana tersebut diperniagakan sahaja.
Mempunyai ciri-ciri pelaburan Islam iaitu konsep pelaburan Mudharabbah
Sistem pelaburan yang lebih telus dan anda dapat melihat lapuran perjalanan pelaburan secara automatik.
Jadilah Pelabur Yang Bijak Dan Elakkan Diri Anda Dari Sebarang Penipuan!!!